Showing posts with label ~ ilmiah ~. Show all posts
Showing posts with label ~ ilmiah ~. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

...haDirkan pEmimPin yaNg diJanJikan....

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar sahabiah semua? Yaya harap semua sihat. Hari ini 10 Muharam. Puasa tidak? Alhamdulillah yaya syukur yaya dapat jalankan ibadah puasa pada hari ini. Kalau mengikut sejarah Islam, 10 muharam banyak peristiwa yang berlaku pada zaman nabi- nabi terdahulu. Oleh itu, 10 muharam pada hari ini diharap dapat juga berlaku. Semoga datanglah pemimpin yang di janjikan oleh Tuhan.

Antara Peristiwa-peristiwa atau Kejadian besar ketika 10 Muharram yang MESTI Masyarakat Islam ketahui --->>> Hari Peristiwa ini yg BAKAL menjelma pada hari: ( ISNIN - 10 MUHARRAM 1433 bersamaan 5 Dis 2011 )


1. Hari pertama Allah menciptakan alam.


2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


3. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 


4. Allah menjadikan 'Arasy. 


5. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 


6. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 


7. Nabi Adam a.s. dicipta. 


8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. 


9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. 


10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. 


11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud. 


12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud. 


13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun. 


14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut. 


15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya. 


16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. 


17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.. 


18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah. 


20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 


21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. 


22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.










p/s: kongsikanlah... credit tu ainulsofiyyah

Saturday, April 30, 2011

~kenapa orang ISLAM sembah kain hitam tu?~


salam pembuka bicara..
lama lah sudah yaya tak update..
dgn rupa blog yang dah berubah...
yaya pun pening tengok rupa blog camnie...
apa-apa pun yaya tetap ada sedikit story yang nak share ngan kamu...
kamu...
dan kamu...

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


credit to Amirah Emir.

Wednesday, April 20, 2011

~riaksi SYAITAN~


Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan 

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~

Monday, April 11, 2011

~MUNGKIN DIA JUGA TERASA~

SALAM READERS..
mungkin dia juga terasa ..
kalau nak di bandingkan kita yang terasa ngan dia..
mungkin lah...
tapi lau ikut kan hati kita yang ehem2 ni..
kita kata kita yang terasa..
sebab...
kata-kata dia yang menyakitkan hati kita..
dia yang hancurkan hati kita..
dia yang buruk kan kita..
dia yang dah malukan kita depan orang ramai..
dia yang buat segalanya pada kita..
dia yang buat kita terasa ngan tingkah dia..
semuanya ADALAH SEBAB DIA...
SEMUA DIA..
DIA YANG SALAH!!!!!!!!!
habis kita ni??
baik sangat ke??
entah..

sebelum kata apa-apa kat orang lain...
fikirkan dulu apa akibatnya..
nak bergurau pun biar lah berpada..

kalau dalam sahabiah tu harap-harap bersabar lah ye..
ujian untuk mendapat sahabiah yang baik memang susah..
adakalanya kita kena korbankan perasaan kita sendiri...
sekian cerita dari yaya..
hanya sekadar cerita yang ingin di kongsi..
tak ada kena mengena dengan sesiapa pun..
just terfikir sekejap sebentar tadi..
teguhkan hatimu, iman mu..
agar kau peroleh SAHABIAH SOLEHAH..

Thursday, April 7, 2011

~AMARAN ALLAH!~

salam pembuka bicara..ni ada cerita sikit yang yaya nak share maybe ada yang da tahu mayby tak.so apa2 pun yaya share lah serba sedikit...semoga kita sama-sama dapat baiki diri selepas baca berita ni...

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI....
- please read!!!.. TRUE STORY

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.

Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Friday, April 1, 2011

~NAK DENGAR CAKAP SAPE??~

salam pembuka bicara tuk semua, yaya nak share something ni..sebelum ni yaya ada baca satu artikel tentang 1000 tahun perancangan Yahudi terhadap ummat Islam. jadi yang ni salah satu contoh.

Dalam artikel ini menceritakan pengalaman seorang bapa yang berhadapan dengan ujian anak sulungnya sakit.jadi nak tau lebih bacalah artikel ni sampai habis ye. semoga masing2 dapat faham apa yang berlaku.


Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.
Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 disamping beberapa subjek lain.

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.





Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalamanâ€. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Jantung
3. Paru-paru
4. Perut
5. Hempedal
6. Buah pinggang
7. Jantung
8 Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
19 Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar mata pelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam.

Tuesday, March 29, 2011

salam pembuka bicara yaya ucapkan untuk semua. sekarang yaya ngah release stress tiba2 terjumpa sal penyakit ni.jadi yaya nak share sikit ngn semua. berikan pendapat jika seseorang tu mengalami simptom penyakit ni tapi dia tidak ada kesempatan tuk jumpa ngan doktor...
Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah
mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3
(triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal
metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah
satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil
dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid
tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3
15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4
membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah
lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada
T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang
berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH
dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH
dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari
mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3
dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas
akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid? Antara orang-
orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :

Thursday, March 24, 2011

~ketika diam~

salam pembuka bicara..

malam bukan lagi muda seperti orang sangkakan.. mksudnya sekarang da lambat.. tapi yaya just nak update sikit.. sebab yaya da lama tak update.. busyla katakan.. tapi sebenarnya yaya nak rest je.. hurm yaya sedih sikit arini. so yaya diam kan diri.. tapi ada pula yang ingat yaya ni tacink. tak lah tacink tuh.. yaya just give up dengan something. yaya nie insan lemah sangat. so banyak lah perkara yang tak selesai dengan jayanya. lemahnya yaya. yaya hanya mampu berserah pada Allah untuk memudahkan segala urusan yaya. mungkin silap yaya juga agaknya.

kelmarin yaya pergi kuliah agama. huhu. means.. ceramah lah. yaya dapat serba sedikit ilmu yang boleh yaya share dengan readers semua. hurm. yaya tanya kawan yaya "antumna, pernah dengar tak orang cakap jangan takut kan kematian tapi cinta lah kematian. iaitu bersedia untuk mati dan bercita-cita untuk mati" jawapan mereka "tidak"

okay, yaya nak explain serba sedikit. yaya boleh share sikit apa-apa yang yaya faham. okay maksud cinta kan kematian itu... kita hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk mati.. dan kata-kata itu membuatkan yaya selalu diam. dan yaya akan termenung. orang cakap tak elok kalau termenung. tapi yaya suka. sebab yaya akan fikirkan  tentang diri yaya yang semakin jauh dengan Tuhan. disebabkan pendidikan sekular yang berada di dalam kepala yaya ni. teruk kan pendidikan sekular ni? apatah lagi dengan pendidikan yahudi yang langsung kita tak perasan.

rutin harian kita, tidak pula terlintas di fikiran untuk cinta akan kematian. contohnya macam yaya lah. selalu terleka dengan kawan2 tentang perihal dunia. masyaAllah teruknya yaya. setiap apa yang kita buat rutin harian mestilah perlu di kaitkan dengan Tuhan..

dan ketika terdiam itulah yaya mula tertunduk, menangis.. yaya SILAP.. 

~sekadar gambar hiasan~

Wednesday, March 16, 2011

~yaya patut sedar~

salam pembuka bicara..yaya nak share dengan semua..baca lah kalau rajin..tuk kesedaran bersama.. sebagai peringatan lagi buat diri kita yang sering lalai dengan hal duniawi.. 



 Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar tanpa mepmbaca pos iini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

lovely yaya~

Monday, March 14, 2011

yang selalu kita baca..

tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa mengharap teman setampan Yusof,
jika kasih tak setulus Zulaika.
Tak perl mengharap teman setegu Ibrahim,
andai diri tak sekuat Siti Hajar
dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna
seperti Muhammad..
Jika ada keburukan pada diri..
bimbinglah dirinya...
dan terimalah keburukan itu sebagai keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya..
bersyukurlah kerana dipertemukan dengan nya
dan berdoalah dia MILIKMU....

Monday, February 28, 2011

~ukhwah yang kau lafazkan~

salam pembuka bicara. want share sumthing, last nyte yaya buat meeting tuk unit yaya. yaya malu sangat sebab yaya tak pandai nak handle or conduct majlis tu. apatah lagi apabila berhadapan dengan kaum muslimin. menggigil lutut yaya jadinya. sebelum majlis bermula yaya berdoa dan berharap sangat-sangat agar majlis dapat berjalan dengan lancar. sebab yaya takut yaya tidak dapat bersuara dalam majlis nanti. at last majlis berjalan dengan lancar. tapi dalam majlis tu yaya dapat belajar sumthing. bukan sesuatu yang baru, tapi perlu di perkuatkan lagi dan mungkin perlu di perbaharui.



saudara tu bercakap tentang ukhwah. dia cakap, "ana cukup sensitif dengan hal ukhwah. ana harap kita dapat eratkan semula ukhwah dengan ahli-ahli yang tercicir. kita jumpa dia atau contact dia balik. tanyakan khabar mereka dan apa masalah mereka." wahh. lagak saudara tu memang sebijik macam ustaz. kata-kata tu rasa ibarat bola tenis baling kena kat dahi yaya. yaya ambil positif je. mungkin silap yaya yang abaikan mereka. betul juga apa yang saudara tu berkata.



ukhwah merupakan satu benda yang amat sensitif. ukhwah dari segi bersahabat yang paling jelas dapat yaya maksudkan. kadang-kadang kita tidak pernah terfikir langsung tentang ukhwah. hanya tahu berkawan apabila bergembira atau berfoya-foya. bila ada masalah, semua lari kebelakang. mengapakah begitu?

tidak perlu yaya ajukan atau tuding jari salah siapa. yaya pun rasa yaya kurang ambil berat tentang sahabiah di sekeliling yaya. kesian mereka. maafkan yaya kerana tidak ambil berat tentang antumma semua. mungkin kelekaan dengan hal duniawi yaya, jadi yaya kurang masa bersama antumma semua. 

ada sumthing yang yaya penah kecewa sikit, yaya penah hantar mesej perkhabaran kepada sahabat yaya, tapi dia tak penah balas. after about two month or one month, yaya try n error lah contact dia balik. bukan seorang je, tapi kawan-kawan sekolah yaya, kawan yang jumpa sekejap, semua yaya contact balik. ada yang reply ada yang tidak. mungkin ukhwah antara kami masih belum kukuh dan erat lagi kut. tapi paling yaya kecewa bila...... seriusly yaya nak cakap, yaya hampir give up nak eratkan balik ukhwah yang dah lama terputus. kepada "dia" yaya da give up nak kawan dengan awak dah. mungkin yaya bukan kawan terbaik untuk awak. jadi harap awak dapat jumpa kawan yang betul-betul menjadi sahabat awk.

hanya untuk dia sahaja yaya give up. moga Allah bantu yaya untuk menjadi lebih kuat dan buka pintu hati yaya untuk terus menerima dia sebagai sahabat suatu hari nanti kelak. (macam salah je) apa-apa pun ukhwah dan kasih sayang terutama kita sebagai muslim amatlah penting. okay lah yaya pun da penat membebel. salam ukhwah bersama rindu dari yaya.

Friday, February 25, 2011

~membersihkan hati~


salam pembuka bicara.. melihat diri yaya sendiri, yaya tahu dan yaya sedar yaya da terleka dengan dunia. yaya sedih dengan diri yaya sendiri. yaya da banyak buat silap. terutama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ynag di amanahkan. yaya memang tak pandai. yaya lemah. yaya tak kuat seperti dulu. maafkan yaya sahabiah semua. yaya tak mampu. yaya selalu termenung. yaya pikirkan tentang jika yaya akan menghadap ilahi bila-bila masa sahaja. yaya tak cukup bekalan nak bawa menghadap Pencipta yaya. yaya malu sangat. yaya harap yaya dapat bersihkan hati yaya...



buat sahabiah solehah yang dirahmati Allah. yaya mohon maaf sangat-sangat. yaya tak mampu sahabat yang yang baik. maaf kalau yaya ada menyinggung perasaan antumma. buat kamu, kak yaya minta maaf sangat-sangat. kak yaya tak penah faham perasaan kamu. syukran jazilan kasira atas nasihat kamu berikan dekat kak yaya. kak yaya da sedar. banyak yang diabaikan. 







apa-apa pun yaya harap kita akan teruskan sebagai sahabiah solehah. yaya rindukan sahabiah yaya..salam rindu dari yaya..

Thursday, January 20, 2011

......api kEmAraHAn.....

salam pembuka bicara..
post title: api kemarahan...
yup..semuanya tentang api kemarahan..
kita akan marah bila ada orang yang membuatkan kita marah..
api kemarahan dapat di kawal apabila iman dan taqwa di dada..
dan nafsu dapat dikawal..
agar tidak si syaitan itu mengawal kita..



api kemarahan..
kadang kala buat kita lupa sebentar tentang siapa kita sebenarnya..
bila api kemarahan tidak dapat dikawal...
maka tersembur lah segala yang dikatakan luar jangkaan..
mungkin terjadi pergaduhan...

sebagai ummat Islam..
seharusnya kita mengawal api kemarahan ini..
memadamkan api kemarahan..
mengawal nafsu..
bukannya nafsu yang mengawal diri kita..
bukan..
kerana itu yang lebih merosakkan kita..




continue>>>>>>>>>>>

Saturday, September 25, 2010

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin

  • pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu.
  • menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
  • hati akan terseksa dengan barah rindu.
  • rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan.
  • cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.
  • aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
  • fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal,jiwa dan perasaan.
  • jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik,mana yang buruk untuk diriku.
  • jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat,yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya..

so?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...