Tuesday, March 29, 2011

salam pembuka bicara yaya ucapkan untuk semua. sekarang yaya ngah release stress tiba2 terjumpa sal penyakit ni.jadi yaya nak share sikit ngn semua. berikan pendapat jika seseorang tu mengalami simptom penyakit ni tapi dia tidak ada kesempatan tuk jumpa ngan doktor...
Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah
mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3
(triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal
metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. Sel-sel thyroid adalah
satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil
dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid
tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.

Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3
15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4
membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah
lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada
T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang.
Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang
berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH
dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH
dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari
mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3
dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas
akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroid? Antara orang-
orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :


Perempuan
Genetik
Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
Usia lebih 60 tahun
Merokok

Jenis penyakit thyroid
Ada dua jenis sakit thyroid yang utama :

1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
2. Hypothyroidism

Hyperthyroidism / thyrotoxicosis

Dalam kes ini hormon thyroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi
daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave's disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan thyroid
membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau
sebahagian besar) sel thyroid orang yang menghidapi penyakit ini
mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (thyroid bengkak): Selalunya keadaan ini boleh elok
sendiri
Toxic nodule goitre: Terlalu banyak iodine di dalam makanan.
Tanda-tanda orang yang menghidapi hyperthyroidism:

Bengkak di leher
Cirit birit
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Konsentrasi kurang
Kulit lembap
Lemah
Mata menjadi besar (bulging)
Mood yang tidak menentu
Muscle cramp
Nervous dan gelisah
Oesteoporosis (kereputan tulang)
Pengeluaran peluh banyak / bertambah
Rambut tidak kuat
Suhu badan naik
Sukar bernafas
Sukar tidur
Tak tahan panas
Tekanan darah naik
Tremor (menggeletar)
Turun berat badan walaupun selera naik
Rawatan:

Ubat Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar,
mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah.
Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism
Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
Radioaktif iodine
Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel
ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak
sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun
rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism
(sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat
mereka.
Pembedahan:
Sebahagian thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan
kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.

Pemakanan:

Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang
Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang
betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan
metabolisma)
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan
alkohol
Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada
merawat tanda-tanda seperti assionflower (untuk membantu merawat
kegelisahan, kunyit
ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi)
Hypothyroidism
Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah. Antara penyebabnya ialah :

Chronic autoimmune thyroiditis - inflammation dan damage to thyroid
tissue
Kurang iodine dalam pemakanan
Radiasi
Rawatan radioaktif iodine
Thyroid gland dibuang
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism:

Badan rasa lemah
Daya ingatan menurun
Hilang deria rasa dan bau
Kadar pengepaman jantung perlahan
Kulit jadi kuning - lesu, pucat
Kulit kering
Masalah kesuburan
Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi)
Muscle cramp dan bengkak
Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya
di muka)
Pendarahan haid banyak (heavy period)
Percakapan lambat
Pertambahan berat badan
Rambut gugur
Rasa mengantuk
Rendah nafsu seks
Sakit kepala
Sembelit
Suara menjadi serak
Tak tahan sejuk

====================================================================
Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk
mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk
kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih & bertauliah untuk
tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian.
Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan
belum duji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seorang
individu dengan individu yang lain. ** Harap maklum


ni hanya sebagai rujukan...
lovely YAYA~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...