Monday, February 28, 2011

~ukhwah yang kau lafazkan~

salam pembuka bicara. want share sumthing, last nyte yaya buat meeting tuk unit yaya. yaya malu sangat sebab yaya tak pandai nak handle or conduct majlis tu. apatah lagi apabila berhadapan dengan kaum muslimin. menggigil lutut yaya jadinya. sebelum majlis bermula yaya berdoa dan berharap sangat-sangat agar majlis dapat berjalan dengan lancar. sebab yaya takut yaya tidak dapat bersuara dalam majlis nanti. at last majlis berjalan dengan lancar. tapi dalam majlis tu yaya dapat belajar sumthing. bukan sesuatu yang baru, tapi perlu di perkuatkan lagi dan mungkin perlu di perbaharui.



saudara tu bercakap tentang ukhwah. dia cakap, "ana cukup sensitif dengan hal ukhwah. ana harap kita dapat eratkan semula ukhwah dengan ahli-ahli yang tercicir. kita jumpa dia atau contact dia balik. tanyakan khabar mereka dan apa masalah mereka." wahh. lagak saudara tu memang sebijik macam ustaz. kata-kata tu rasa ibarat bola tenis baling kena kat dahi yaya. yaya ambil positif je. mungkin silap yaya yang abaikan mereka. betul juga apa yang saudara tu berkata.



ukhwah merupakan satu benda yang amat sensitif. ukhwah dari segi bersahabat yang paling jelas dapat yaya maksudkan. kadang-kadang kita tidak pernah terfikir langsung tentang ukhwah. hanya tahu berkawan apabila bergembira atau berfoya-foya. bila ada masalah, semua lari kebelakang. mengapakah begitu?

tidak perlu yaya ajukan atau tuding jari salah siapa. yaya pun rasa yaya kurang ambil berat tentang sahabiah di sekeliling yaya. kesian mereka. maafkan yaya kerana tidak ambil berat tentang antumma semua. mungkin kelekaan dengan hal duniawi yaya, jadi yaya kurang masa bersama antumma semua. 

ada sumthing yang yaya penah kecewa sikit, yaya penah hantar mesej perkhabaran kepada sahabat yaya, tapi dia tak penah balas. after about two month or one month, yaya try n error lah contact dia balik. bukan seorang je, tapi kawan-kawan sekolah yaya, kawan yang jumpa sekejap, semua yaya contact balik. ada yang reply ada yang tidak. mungkin ukhwah antara kami masih belum kukuh dan erat lagi kut. tapi paling yaya kecewa bila...... seriusly yaya nak cakap, yaya hampir give up nak eratkan balik ukhwah yang dah lama terputus. kepada "dia" yaya da give up nak kawan dengan awak dah. mungkin yaya bukan kawan terbaik untuk awak. jadi harap awak dapat jumpa kawan yang betul-betul menjadi sahabat awk.

hanya untuk dia sahaja yaya give up. moga Allah bantu yaya untuk menjadi lebih kuat dan buka pintu hati yaya untuk terus menerima dia sebagai sahabat suatu hari nanti kelak. (macam salah je) apa-apa pun ukhwah dan kasih sayang terutama kita sebagai muslim amatlah penting. okay lah yaya pun da penat membebel. salam ukhwah bersama rindu dari yaya.

1 comment:

yaya said...

saya mohon maaf. saya mungkin hanya melukut di tepi gantang. saya hanya berada di dalam mimpi untuk bersahabat dengan awak. jika kita di izinkan Allah isyaAllah kita akan terus bersahabat seperti dulu. moga awak sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...