Sunday, March 13, 2011

~apabila akal terpisah dari wahyu~

salam pembuka bicara..yaya blog walking tadi sementara menunggu kedatangan ayahanda dan bonda tercinta datang ke bumi UMP nie..huhu.. so yaya nak share sikit sal KEROSAKAN AKIBAT AKAL TERPISAH DARI WAHYU

Semenjak manusia itu di wujudkan, aqal dan wahyu diwujudkan. Akal dan wahyu sama2 diwujudkan Tuhan. Wahyu itu agama, wahyu itu ada hubungan dengan Tuhan. Di sini kita dapat lihat, tujuan Tuhan adakan wahyu, adakan aqal, supaya satu sama lain saling memerlukan, kuat menguatkan satu sama lain. Aqal kuatkan wahyu atau agama dan wahyu kuatkan aqal.
Wahyu membetulkan aqidah, membetulkan keyakinan kita dengan perkara ghaib, meluruskan perjalanan hidup kita. Supaya manusia berkasih sayang antara satu sama lain, rasa bersama dan bekerjasama.
Aqal pula supaya manusia dapat ilmu, supaya manusia maju, progresif, membangun untuk keperluan hidup manusia supaya orang beragama, yg berpegang dengan wahyu tidak jumud dan orang yg pegang dengan aqal dalam dia maju itu tidak tersasar.
Oleh itu, daripada awal lagi diwujudkan manusia, Allah wujudkan aqal dan wahyu supaya kuat menguatkan antara satu sama lain, supaya satu sama lain perlu memerlukan.
Tapi dalam ayat Qur’an lain Tuhan ingatkan tentang tujuan Tuhan menjadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapa di kalangan manusia yg baik. Jadi untuk tujuan itu diwujudkan nafsu dan syeitan. Maka dua perkara itulah yg mengganggu manusia supaya aqal dan wahyu dipisahkan.Patutnya bersatu tapi kerana kerja nafsu dan syaitan jadi dipisahkan. Sedangkan Tuhan hendak satukan aqal dan wahyu. Tapi bila manusia hidup untuk diuji Tuhan, tujuan itulah Tuhan datangkan nafsu dan syaitan. Dapat tak manusia dengan aqal dan wahyu itu melawan nafsu dan syaitan supaya berhasil aqal dan wahyu dapat disatukan.

Tapi apa yg berlaku, banyak manusia gagal menyatukan aqal dan wahyu, jadi wahyu tersendiri, aqal tersendiri. Paling2 baik ada orang dapat pertahankan wahyu, dia dapat amalkan wahyu dengan sebaik2nya tapi mundur, jumud, akhirnya orang yg inginkan dunia, ingin maju jadi tolak wahyu. Orang yg dapat pertahankan wahyu tapi jumud ini dia tak dapat selamatkan orang, hanya selamatkan dirinya sahaja.
Yang aqal tersendiri pula lagi tersasar kerana hanya fikir hendak maju hendak membangun tapi terus tersesat dari kehendak Tuhan. Sedikit sangat orang yg dapat hubungkan wahyu dengan aqal. Yg keadaan hidupnya baik tapi maju, sedikit sahaja. Yg mana golongan sedikit ini tak terpengaruh dengan dunia dan mendidik orang dunia dengan wahyu, sebab dia juga mempunyai kemajuan.
Kerosakan2 akibat aqal terpisah dari wahyu
1. Kebanyakan berlaku di dunia dulu hingga sekarang terpisahnya aqal dan wahyu dan peranan aqal lebih tertonjol daripada peranan wahyu. Akhirnya apa terjadi? Oleh kerana tertonjolnya aqal lebih dari wahyu maka dalam sejarah adaorang yg langsung tak percaya dengan agama, tak percaya dengan hal2 ghaib contohnya komunis.
2. Ada yg percaya tentang agama tapi bukan wahyu, tapi di aqal2kan. Mereka percaya aqal yang buat/cipta agama. Lahirlah agama aqal. Jadi kalau aqal cipta agama, timbullah berbagai pendapat dengan secara di agak2, lahirnya benda ghaib di khayal2, lahir tahayul, khurafat. Fahaman benda2 ghaib di khayal2kan yg bertentangan dengan hal2 ghaib yg dikatakan oleh wahyu. Kerana ahli falsafah guna aqal tak rujuk wahyu, bila ditanya siapa yg berkuasa, dia tahu Tuhan tapi tak sebut Tuhan. Ada yg percaya yg berkuasa itu energy dan itulah di maksudkan Tuhan. Ada yg percaya nafas sebagai Tuhan, ada yg bodoh sangat kemaluan sebagai Tuhan. Kalau kita baca tentang ahli falsafah, ada yang berkata jin itu Tuhan, ada yg kata bintang itu Tuhan.
Contoh 1&2 adalah contoh kerosakan dari segi agama, dari segi keyakinan akibat akal diguna secara bersendiri.
3. Dari segi kehidupan pula, dari aqal yang tidak bertunjangkan wahyu timbul macam-macam teori, ada teori yang boleh dibuktikan ada yg tak boleh dibuktikan, jadi utopia, jadi teori semata2. Ini banyak berlaku sebelum kedatangan Rasulullah. Kemudian ada teori yang boleh dibuktikan yang berlaku di zaman moden. Lahirlah ahli sains yang menemukan itu dan ini dimana penemuan2 tersebut dapat dimanfaatkan oleh manusia. Walaupun dapat dimanfaatkan tapi ia sudah jadi Tuhan. Bahkan Ulama pun sudah dapat dipengaruhi. Contohnya bila sebut Islam hari ini, apa yang ditonjolkan ‘Islam membangun’, ‘Islam kemajuan’, sedangkan Yahudi dan Kristian pun tak sebut kemajuan dan pembangunan. Orang Kristian tak sebut ‘Kristian bawa kemajuan.’ Dia sebut Tuhan, sebut syurga sahaja. Tapi orang Islam sekarang bila sebut Islam, sebut kemajuan. Sepatutnya kalau sebut Islam tak payah sebut ‘kemajuan’, sebab kemajuan itu fitrah. Soal kahwin tak payah kempen, semua orang ingin kahwin. Jadi mengapa sibuk sangat, sebut dunia, semua orang inginkan dunia, jadi tak payah sebut dunia. Yang susah adalah sebut Tuhan, kadang-kadang 3 jam bersyarah sekali pun tak sebut Tuhan. Itu teori yg dapat dimanfaatkan pun sudah bawa aqal rosak. Sains dan kemajuan sudah jadi Tuhan.
4. Kemudian bila aqal bersendiri, lahirlah ideology, ideology inilah yang memecah belahkan bangsa, masyarakat dan manusia sebab ideology sudah jadi agama. Masing2 perjuangkan ideology yang dianutnya. Jadi bergaduh. Sekarag ideology sudah jadi agama, orang berperang kerana ideology, pecah belah kerana ideology.
5. Di sudut ekonomi pula kerosakan oleh aqal bila terpisah oleh wahyu lahirlah kapitalisma, memuja harta, memuja modal, melahirkan sistem riba untuk memiskinkan orang misin, mengkayakan beberapa orang. Inilah hasil ideology. Nampaknya sistem itu, menggamit2, mengumpan2 dengan duit, kekayaan, dunia. Tapi orang Yahudi paham, bila orang terperangkap dengan sistem itu, tak banyak orangpun yg dapat kekayaan. Yg lain jadi hamba, dijajah tanpa fizikal. Dulu orang jajah dengan senapang boleh nampak tapi kalau bank jajah kita, kalau hutang bank 10juta tak boleh tidur malam, itu dijajah juga. Kalau sudah begitu bergaduh dengan isteri. Jalan tak sedap, makan tak sedap, hujung bulan tengok bil lagi takut. Sistem aqal telah membuat ada aqal hilang Tuhan
6. Aqal yg bersendiri tanpa wahyu dapat pula rosakkan agama dari langit. Berapa banyak agama dari langit dirosakkan seperti :
· agama Kristian, otaklah yg merosakkan. Timbul konsep trinity atau trimurty, Tuhan bapa, Tuhan anak, Tuhan mak.
· Islam yg asalnya murni bila sudah berjalan jauh aqal rosakkan agama hingga lahir 73 mazhab, dan 72 mazhabyang batil. Semua mengaku Islam. Bukan senang disatukan. Islam pun sudah rosak. Hingga agama yg murni pun asalnya bila otak campur tangan lahir 73 mazhab. Masing2 mengatakan dia yg benar, bukan senang disatukan. Walaupun dikatakan umat Islam ada 2 billion, tapi bahagi 73. 1 mazhab 3 juta. Belum lagi yg jahil, yg tak beramal dalam 3 juta. Umat Islam yang tinggal tak ada. Yang dikatakan 2 billion bohong je mungkin tinggal 1 billion, sebab itu keadaan umat Islam hari ini haru biru. Asalnya 2 bilion tapi tinggal 1 bilion sahaja. 1 bilion boleh buat apa? akhirnya tenggelam dalam berbillion2 musuh2 Islam.
Jadi mazhab2 yg sesat adalah hasil daripada aqal yg bersendiri tak ditunjang oleh Tuhan dan oleh iman. Selain itu ada lagi berbagai kerosakkan terjadi : persoalan ghaib, agama, ideology, semua di rosakkan. Jadi aqal telah mencipta agama dan merosakkan bahkan agama yg langit pun rusak.
Di zaman rosak ini yg aqal telah rosakkan hasil dorongan nafsu dan setan, untuk baikkan balik, patutnya ulama canangkan hal ini, banyak cerita balik hal2 bagaimana otak sudah di rosakkan.Tapi ulama pun tidak paham. Qur’an diterjemah sahaja tapi ulama sudah jumud. Bagaimana umat tak rosak? Ulama patutnya menjadi bintang tapi tak jadi bintang lagi. Ulama patutnya jelaskan tapi tak mampu untuk menjelaskan. Akhirnya yg haq disesatkan, jadi sasaran. Bila ulama sudah sesat, dia suluh dengan kesesatan jadi dia nampak yg benar itu sesat. Ini semua adalah kerja aqal yg di dorong oleh nafsu dan setan. Selagi hal2 ini tidak diungkai, tidak ada penjelasan dari ulama, umat Islam tetap teraba2, mencari2. Hendak tolak aqal tak boleh sebab Tuhan yang ciptakan, hendak tolak agama tak boleh juga. Apa hubugan agama dengan aqal, untuk satukan keduanya tak boleh, bingung.
Aqal itu jahat bila terpisah dari Tuhan, aqal jadi Tuhan. Kena berhati2, sampai ulama pun sudah dapat diseretnya tanpa disedari kerana kekurangan ilmu. Tapi mengaku ulama. Orang bukan ulama mengaku ulama bukan senang untuk dibaiki, untuk dibetulkan. Dia fikir dia mahu betulkan kita bukan kita betulkan dia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...