salam pembuka bicara.. yaya rasa yaya macam buang masa kat sini. tapi bila fikir balik, sebenarnya tidaklah membuang masa sangat dari yaya duduk melihat movie2 korea kan? yaya serik sikit tengok movie korea ni, sebab...... hihi.. yaya je lah yang tahu.
straight to the point je lah kan. yaya malas nak membebel banyak sangat. tajuk entri cam selalu kita dengar. yes thats rite. yaya just nak share it. memang betul, luka di tangan nampak berdarah tapi luka di hati tidak siapa pun tahu. kadang-kadang kita sembunyikan kelukaan itu dari pengetahuan semua orang yang berada di sekeliling kita. mungkin kita mudah sangat sensitif dengan setiap apa orang yang berada di samping kita buat. actually yaya pun macam tu juga. tapi kalau orang yang lahir bulan enam ni special sikit. even cepat terasa atau hot kami di bulan enam ni cepat cool k? yap yaya dapat rasakan semua itu dari yaya kecil lagi.
kadang-kadang dalam kita bergurau senda kita tak perasan pun orang di samping kita ni terasa dengan tingkah kita. salah kah kita? mungkin ya mungkin tidak. yaya pun tak pasti sangat. tapi bagi yaya, gurau ada batasnya. yaya pun kadang-kadang bila da terlepas cakap, baru yaya fikir. alamak kata-kata aku tadi tu mungkin ada orang akan tersinggung.terukkan? terlajak perahu boleh di undur lagi, tapi kalau da terlajak berbicara susah lah nak undur.
dalam kita bersahabat, banyak onak duri nya. pahit manis. bukan mudah untuk kita bersahabat yang sanggup susah sama susah, senang sama senang. ditambahkan lagi manusia akhir zaman yang semakin kekeringan, ketandusan kasih sayang. memang susah kalu kita nak minta kasih sayang. mungkin dengan ibu bapa kita pun susah apatah lagi adik beradik mahupun sahabat-sahabat kita. tapi kalau mengamalkan hidup secara berjemaah, insyaAllah kasih sayang akan terjalin antara kita. manusia hidup berkasih sayang. tinggal lah mereka di dalam syurga dunia. iaitu manusia mengamalkan kasih sayang, bertolak ansur dan tiada lagi sifat-sifat mazmumah. maka duduklah manusia dalam JANNATUL AJILAH.. iaitu syurga dunia.
menyimpan perasaan sedih di hati dan menghadap Pencipta kita, mengalir air mata dosa, merintih menagih kasih Tuhan. mungkin itu salah satu jalan untuk kita meredakan persaan sedih di hati itu. mungkinlah.biarkan hati kita bergembira dengan cinta Tuhan.sedih dengan dosa-dosa kita. yaya pun kena banyak merintih. umi yaya selalu pesan kat yaya supaya banyak merintih dengan Tuhan agar kita mudah di bantu. baik umi! yaya akan cuba istiqamah membuat nya. okay lah.. yaya stop kat sini dulu. salam rindu dari yaya...
No comments:
Post a Comment