Tuesday, March 27, 2012

...hakikat...



Dia senyum memandang aku,
Aku terkesima lalu senyum berbalas,
Tangan kananku di genggam erat,
Debar di dada mula menyerang,
Aku relakan,
Di usap, di cium jari-jariku ini,
Mata di pejam,
Malu!
Relakan, dia berhak berbuat begitu.

Redup matanya itu membawa seribu makna yang mendalam,
Tapi aku masih belum pasti apa yang tersirat di situ.

"Terima kasih."
Masih diam, untuk apa dia ucapkan.



Kota itu habis kami jelajah,
Kota itu menyaksikan cinta suami kepada seorang isteri,
Cinta suami yang mahu mendidik isteri mengenal Tuhan,
Cinta suami yang ingin mendidik isteri untuk mencintai Allah dan Rasul,
Cinta suami yang ingin menjadikan isteri bidadari hidupnya,
Cinta suami yang mampu menundukkan sembilan nafsu isteri.

Tapi sayang,
Hati ini masih lagi tidak mengerti apa yang berlaku,
Mengapa aku ditakdirkan untuknya,
Adakah aku pemilik tulang rusuknya?
Dalam istikharahku, masih belum pasti siapa gerangannya,
Andai aku pemilik tulang rusuknya,
Dekatkan hati ku dengan hatinya,
Bantulah aku unntuk menyintainya.

Janji bersama terikat,
Aku terimanya seadanya,
Kau lah pembimbing aku untuk mencintai Allah dan Rasul.

"Terima Kasih di atas zuriat ini"
Aku tersenyum,
Merasa gembira benihmu di kantung rahimku,



Tapi,
Gembira itu hanyalah sementara,
Kerana kelekaanku dengan kerjaya,
Darah mula mengalir di celah kakiku
Benih yang baru menginjak empat belas minggu tidak dapat meneruskan hidupnya,
Maafkan mama sayang,
Maafkan aku wahai suami,



Kekecewaan di wajahmu jelas terpancar,
Hanya linangan air mata yang aku mampu,
Bukankah kau pernah berpesan rezeki itu Allah yang tentukan,
Sedu sedan tangisku tidak lagi di hiraukan.

Sehingga....
Aku membuka mata,
Nasib baik mimpi. Waaa.. Mimpi apa ni? Siap kahwin dapat anak pulak tu kan. Alahai. Mainan tidur betul. Berpeluh aku jadinya. Then, ketawa seorang diri atas katil. Astaghfirullahhalazim. Adakah itu petunjuk atau sekadar mainan tidur?

2 comments:

dja_amiensukhri said...

menusuk kalbu la puisi u ni..
hehe..

yaya said...

menusuk kelebu..hahaha..jsut let u think about it..sma ad mainan mimpi or ptanda kpada smthing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...