memang aku da lama bersabar.aku korbankan hati dan perasaan aku.aku cuba untuk berhubung dengan nya kembali. tapi itu hanyalah membawa penyesalan dan kesedihan pada aku. satu mesej aku tidak pernah dibalas apatah lagi dengan panggilan aku. aku meratap sepi gambarnya yang terdapat di tepi katil ku. tak sangka dia sanggup melakukan aku sampai begini.jika dia ingin melukakan aku kenapa mesti dia melayan aku melebihi had sebagai seorang rakan mahupun sahabat.hati aku betul2 kecewa dengan sikapnya. aku dipermainkan dengan begitu sahaja. aku ibarat kain yang sudah tidak mahu digunakan. betapa sepi nya hati aku. tidak mungkin aku akan menagih kasih daripada lelaki seperti ini.menyakitkan hati aku. tidak mungkin aku akan membuka pintu hati aku ini kembali untuk menerima mana2 lelaki dalam hidup aku. aku tidak mahu kedukaan aku berlaku sekali lagi..aku yakin jodoh itu ditangan tuhan. mungkin ini bukan masanya untuk aku bercinta.
aku akan sentiasa berdoa kepada tuhan agar dikurniakan insan yang betul2 cinta nya pada aku..
aku akan sentiasa berdoa kepada tuhan agar dikurniakan insan yang betul2 cinta nya pada aku..
No comments:
Post a Comment