air mata yang ditahan selama ini tidak mungkin dapat ditahan juga. aku menangis juga akhirnya.ingin aku memulakan kisah bermulanya kesedihan hatiku.aku mula mengenali seorang lelaki melalui satu pertemuan yang tidak dijangka.dalam pertemuan itu kami tidak terlalu rapat.masing2 banyak mendiamkan diri.sebelum kami berpisah dalam pertemuan tersebut sempat kami bertukar no telefon dan emel.hati aku sepi di waktu itu juga berlaku masalah keluarga.tapi tidak dapat aku elakkan untuk pertemuan tersebut.biarpun ia nya tidak lah sebegitu penting tapi aku terpaksa akur dengan permintaan keluarga agar aku tidak mencampuri urusan keluarga dengan kerja.pada mulanya aku malas untuk berhubung dengan mereka lagi.tapi salah sorang antara kami tidak mahu hubungan terputus di situ sahaja.aku akur.kami mula berhubung antara satu sama lain.aku berhubung dengan seorang lelaki yang tidak berapa aku kenali.kami hanya berkenalan dan sering berhubung antara satu sama lain.layanan dia terhadap aku pada mulanya agak baik.cukuplah dia menggelarkan sebagai Hanafi.dia sering membuat aku bahagia.walaupun berhubung melalui jarak jauh tapi ia cukup bermakna bagi aku.ikatan sahabat mula terjalin antara kami.kami saling berkongsi suka dan duka.cuma, satu yang aku masih tidak puas hati.dia masih menyimpan satu rahsia.mungkin itu terlalu sulit baginya.tapi tidak adil bagi aku. aku akur juga.sudah baru beberapa bulan ikatan sahabat, hubungan kami kian retak.silap aku.aku telah jatuh hati padanya.sedangkan dia hanya menganggap aku sebagai rakannya.ingin aku luahkan padanya.tapi aku bukannya perigi yang mencari timba.aku batalkan hasrat aku.namun aku yang terseksa.aku membiarkan hati aku menderita.aku pernah berjanji tidak akan jatuh cinta sebelum masanya.hanya pada hari tu,aku mula bergaduh dengan dia.aku menangis.aku akan cuba lupakan dia.aku redha andai ini takdir antara aku dan dia.
No comments:
Post a Comment