susah untuk aku luahkan.. tapi itulah hakikat.aku hanya menagih kasih dari insan yang tidak sepatutnya aku minta kasih. hati aku memberontak.. ingin menagih kasih darinya.. apakan daya.. aku hanya insan yang lemah tidak mampu untuk melakukan apa2. dia berpaling dari aku. aku ditolak tepi. aku hanya menjadi insan pemerhati yang terseksa hatinya, namun tidak aku khabarkan. aku takut ada hati lain yang akan terluka. biarlah hanya aku sahaja yang terluka. aku relakan. biarpun ianya pedih, hingga parahnya hati aku tidak pun aku pedulikan.kesedihanku tidak mampu aku kongsikan bersama.kerana aku hanya insan yang bernama sahabat, aku hanya dipandang olehnya sebagai sahabat biasa.sedangkan layanannya terhadapku bukan seperti sahabat.aku telah terpedaya dengan layanannya yang begitu baik denganku. sungguh hati aku terseksa,hati aku derita dengan kasih yang pernah diberikan padaku dahulu.aku mengemis kembali kasih darinya.tapi ditolak.aku hanya sahabat biasa yang tidak ada apa-apa nilai sekalipun di matanya.mungkin ini hanya madah berbicara yang tidak merungkai kata yang sebenarnya dan apa yang terjadi.
bersambung pada episod akan datang.....
bersambung pada episod akan datang.....
No comments:
Post a Comment