Showing posts with label ~ baik untuk kita :)~. Show all posts
Showing posts with label ~ baik untuk kita :)~. Show all posts

Monday, February 27, 2012

..susun desktop awak kasi cantek...

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Yaya want share something with all of you. Maybe ada yang sudah tahu. Yaya almost forgot dari mana sumber ini. This kindly picture can help kamu semua untuk menyusun desktop dengan lebih kemas.



Before use this picture.....



After....



Best kan? Cubalah.


p/s: thanks kepada yang share picture ini. Yaya lupa dari siapa..maaf..

Thursday, December 22, 2011

..ombak rindu...

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tuesday, December 13, 2011

...segala sifat...

Assalammualaikum dan salam sejahtera.




Tiada apa untuk di ceritakan dan di kongsikan. Hanya terbaca sesuatu yang mengusik jantung, hati berserta paru-paru dan juga buah pinggang. Kata-katanya simple, mudah di baca dan difahami semua orang. Tidak akan seseorang itu akan membuka pekong di dada sendiri. Tapi apakan daya kita hanya manusia biasa. Entri kali ini yaya akan tuliskan tentang keegoan seseorang. Perkataan ego sudah pasti anda semua ketahui. 



Yaya tidak akan cerita lebih lanjut. Tetapi untuk yaya, awak dan awak, harap-harap kalau salah sesama antara kita ini cepatlah di betulkan. Sifat ego tidak lari dari manusia. Tidak mahu mengalah dari yang lain. Selalu mahukan menang. Itu adalah beberapa contoh yang bolah kita lihat. Banyak sebenarnya yang boleh kita dapati. 



Ego merupakan sifat yang negatif. Oleh itu, bukan sahaja dalam Islam yang tidak suka akan sifat ini, malah dalam kehidupan kita sekalipun semua orang pasti tidak akan suka dengan sikap ini. Harap kita dapatlah sama-sama buang sifat ini. Kelak suatu hari orang di sekeliling kita akan terasa dengan kita.

Bagi yaya, semua orang tidak lari dari sifat ini. Sama- sama kita membuang sifat ego ini jauh-jauh. "Ya Allah tolonglah cabut dan buangkan sifat ego, sombong  dalam diri ini. Sungguh aku ini hamba yang hina.."


salamsayangdariyaya...:)

Saturday, October 8, 2011

~kasih IBU~

Orang kata aku lahir dari perut mak...

... (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak

Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak.



 lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....







Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu 



menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut 


kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah 



ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang 



sama ditulisnya.

Renung2knlah...

Wednesday, September 21, 2011

~untungnya menjadi seorang WANITA yang mempunyai rahim~


1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir sahaja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid.  
Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk  Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.  

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. 

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. 

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........ 


credit to FLICKA IZWAN

Tuesday, September 6, 2011

~AKU TERIMA NIKAHNYA....~

"Aku terima nikahnya dengan si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..."

Bunyi macam senangkan? Tapi erti sebenar dia...:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedahnya aurat hingga tinggalnya solat,aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung dosa bakal anak-anakku. Kalau tidak dididik, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk dan malaikat Zabaniyyah melibas aku hingga pecah badan aku.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...