Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Tiada apa untuk di ceritakan dan di kongsikan. Hanya terbaca sesuatu yang mengusik jantung, hati berserta paru-paru dan juga buah pinggang. Kata-katanya simple, mudah di baca dan difahami semua orang. Tidak akan seseorang itu akan membuka pekong di dada sendiri. Tapi apakan daya kita hanya manusia biasa. Entri kali ini yaya akan tuliskan tentang keegoan seseorang. Perkataan ego sudah pasti anda semua ketahui.
Yaya tidak akan cerita lebih lanjut. Tetapi untuk yaya, awak dan awak, harap-harap kalau salah sesama antara kita ini cepatlah di betulkan. Sifat ego tidak lari dari manusia. Tidak mahu mengalah dari yang lain. Selalu mahukan menang. Itu adalah beberapa contoh yang bolah kita lihat. Banyak sebenarnya yang boleh kita dapati.
Ego merupakan sifat yang negatif. Oleh itu, bukan sahaja dalam Islam yang tidak suka akan sifat ini, malah dalam kehidupan kita sekalipun semua orang pasti tidak akan suka dengan sikap ini. Harap kita dapatlah sama-sama buang sifat ini. Kelak suatu hari orang di sekeliling kita akan terasa dengan kita.
Bagi yaya, semua orang tidak lari dari sifat ini. Sama- sama kita membuang sifat ego ini jauh-jauh. "Ya Allah tolonglah cabut dan buangkan sifat ego, sombong dalam diri ini. Sungguh aku ini hamba yang hina.."
salamsayangdariyaya...:)
No comments:
Post a Comment