"untuk apa kita berkawan? awak perempuan dan saya lelaki. antara kita tidak boleh berkawan. saya tidak suka berkawan dengan perempuan. maaf, saya tidak boleh terima awak"
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar? Alhamdulillah yaya masih sihat. Sejak kebelakangan ini, yaya jarang update. Banyak sangat masalah. Masalah utama yang paling membuatkan yaya huru hara, adalh laptop. Laptop yaya sudah tenat. Skrin rosak. Terus kepada tajuk dan kata-kata di atas.
Awak faham? Tak faham? Kawan? Antara lelaki perempuan? Kata-kata ini pernah di lafazkan oleh seorang lelaki yang segalanya lengkap bagi pandangan dari seorang perempuan. Mempunyai fizikal yang sempurna, di tambahkan lagi suara yang sejuk di dengar tika dia mengalunkan kalimah-kalimah suci. Sejuk bukan? Tika hati seorang perempuan mendengar alunan suci ayat-ayat Al-Quran.
Si perempuan ini ingin menyatakan perasaannya untuk berkawan dengan lelaki tersebut. Namun, hasratnya di tolak mentah-mentah. Hati si perempuan kecewa, malu semuanya ada. Maka si perempuan menjauhkan diri seberapa yang boleh.
Namun takdir Allah, mereka bertemu kembali. Tapi pertemuan ini amat menyentap perasaan si perempuan. Apa tidak nya, melihat si lelaki sekarang yang sudah semakin dewasa dengan usia. Kemudian berjalan dan berkawan rapat dengan ramai perempuan. Astaghfirullahhalazim! Itu sahaja yang mampu si perempuan lafazkan. Sayunya hati. Walaubagaimanapun, bagi si perempuan bukanlah satu kerugian baginya kerana tidak berkawan dengan si lelaki. Memanjatkan syukur kepada Ilahi kerana tidak berkawan dengan lelaki seperti itu. Kata-kata yang tidak sama dengan apa yang di kota.
"Dahulu aku mahukan engkau, tapi kau menolaknya. Sekarang kau pula terhegeh-hegeh dengan perempuan. Cukup bagi aku yang kecewa dengan kata-kata kau dahulu."
Buat awak, awak dan awak fahamilah apa yang di khabarkan.
1 comment:
hmm. kesian hati saya...
Post a Comment