Friday, October 7, 2011

sUraT unTuk AwaK,,

Assalammualaikum,,
Pertama sekali maafkan saya sebab berkasar dengan awak semalam. Tiada niat di hati ini untuk berkasar. Mungkin saya keletihan dan sedikit moody. Maaf sangat. Saya sedar saya yang silap. Saya terlalu emosional sangat semalam. Tapi awak tengking saya. Saya terkejut sangat. Hati saya tersentap. Ada perasaan halus di situ. Sebak di dada. Tapi saya tahan sahaja. Kalau hati ini tidak terkawal mungkin depan awak jugak saya menangis. Saya baru sahaja hendak lupakan kesilapan awak pada saya. Tapi sudah jadi macam itu, hati saya semakin marah pada awak. Awak ingat lagi kesilapan awak? Mestilah awak ingat. Awak gosipkan saya dengan Adam. Sedangkan saya tidak ada kaitan apa-apa. Apatah lagi perasaan di hati. Awak buat fitnah. Saya paling benci di fitnah. Hari kita bergaduh dalam facebook, petang tu saya ada kuiz Statistical Process Control. Awak tahu tak, saya tak dapat jawap satu soalan pun. Itu kuiz pertama subjek SPC. Saya sedih sebab tak dapat focus nak jawab soalan. Saya menangis, sebab saya dapat kosong. Saya tension sangat.



Mesti awak tertanya-tanya kenapa saya marah sangat tentang gosip tu kan? Sedangkan awak nak bergurau. Mungkin. Bila awak buat macam tu, saya teringat kisah gosip saya ketika zaman matrikulasi. Saya tak sangka gosip saya dalam kelas, sampai saya mainkan hati saya sendiri. Saya sayangkan dia. Tapi akhirnya dia berpasangan dengan kawan baik saya. Dia mainkan hati saya. Awak, hati saya sakit. Sakit sangat. Sebab tu saya tak nak hati saya disakiti lagi. Cukuplah lelaki itu memainkan perasaan saya. Senyum saya mati. Malah saya lebih bersikap tegas dengan lelaki. Tiada lagi kelembutan yang akan nampak dari saya. Saya terpaksa buat semua ini. Saya jaga hati saya erat-erat. Saya tak nak hati saya falling in love, saya takut hati ini akan terbuai dengan cinta yang entah kemana. Cukuplah, bagi saya dan biar cinta saya ini di tentukan oleh orang tua saya. 

Awak.. maaf sangat-sangat. Tapi saya tak tahu nak mita maaf macam mana dengan awak. Malam tu saya langsung tak dapat pejamkan mata. Saya dah buat salah. Orang tua saya selalu pesan, kalau kita ada buat silap dengan orang pastikan sebelum kita tidur kita minta maaf dulu dengan orangnya. Tapi, saya tak reti. Saya taip mesej saya padam. Itu sahaja yang mampu saya buat sampai pkul 3.23 pagi. Kawan baik saya cakap, lebih baik saya bersemuka dengan awak dan minta maaf. Oups! Saya malu lah nak jumpa dengan orang yang saya da buat silap. Sebab itu saya bagi surat ini kat awak. Saya harap sangat awak dapat maafkan saya.


wasalam, maafkan saya.
insan yang banyak buat silap, Aidila Sephia.

2 comments:

Anonymous said...

TACINGGGG AKU..BCE...SMBIL DGR LAGU SEDIH NIE...SOB...SOBB~

yaya said...

huhu..jgn tacink la cik anonymous..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...