Saturday, October 8, 2011

tanGgungJawAB Ms world heaven


Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Sudah lama yaya tidak luangkan masa sebetulnya dengan blog. Kadang-kadang update pun setakat mana yang mampu sahaja. Sebenarnya yaya terikat dengan tanggungjawab yang berat, tapi tidak seberat mana. (macam mana tu?) ok. Yaya terlibat dan menjadi Exco  dalam SeMAMPAN UMP. UMP? Universiti Mana Pulok? Universiti Malaysia Pahang buat awak-awak yang tidak tahu lagi apa itu UMP. Yaya belajar di kampus Gambang. Gambang? Apa itu? Nama tempatlah awak. Gambang Water Park pernah dengar? Jadi, tidak mustahil kalau kalian semua tidak tahu Gambang itu apa. Ok yaya tidak suka membebel walaupun realiti yaya memang suka membebel.

Sepanjang cuti semester yang lepas selama 4 bulan, kalau yaya tidak silap. Pada waktu ini, pihak SeMAMPAN telah mengadakan beberapa aktiviti untuk semua anak-anak Pahang yang berada di UMP. Tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, mengisi masa lapang dan sebagai nya. Yaya tidak mahu cerita dengan lebih mendalam. Entry akan datang Yaya akan ceritakan apa aktiviti yang pihak kami lakukan.

wasalam..

p/s: yes! kesilapan dimaafkan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...