"aku terima nikah Siti Hajar Binti Ibrahim dengan mas kahwin dua pulu dua ringgit tunai" suara itu jelas kedengaran di telinga aku. nama aku? huh? Ameer? kau yang lafazkannya.
"tahniah hajar, jadi isteri solehah ye.."suara fina pula di telinga. apa makna semua ini. mutiara jernih mula membasahi pipi. aku kini sah menjadi isteri Muhammad Ameer Bin Dato' Iskandar. bagaikan mimpi. puas aku mencubit pipi aku. sakit. apakah semua ini benar?ibu tolong hajar bu. hati hajar sakit ibu. tapi aku hanya mampu menjerit di dalam hati. Hanafi manakah kau di saat aku begini? Hanafi mengapa kau bukan jodoh aku. hati ini makin parah menangis.
dan disaat itu aku mengenali semua ahli keluarga Ameer. satu persatu aku di perkenalkan. senyum aku ukirkan. dua bulan bersama Ameer sudah cukup membuatkan aku lupa akan Hanafi. namun dia masih lagi menghubungi aku. hanya aku yang mengabaikannya. cukup, aku sudah bahagia bersama Ameer ditambahkan lagi benih Ameer yang kini hidup di dalam kantung rahim ku. aku bahagia. hidup aku bahagia. mungkin ini janji Tuhan untuk aku. yang selama ini aku hanya berharap pada sesuatu yang tak pasti.
entah mengapa aku rasakan waktu berlalu begitu pantas. kandungan aku sudah menginjak 8 bulan dan aku hanya menunggu masa sebulan sahaja lagi. petang tu aku duduk di taman halaman rumahku. menanti kepulangan Ameer dari tempat kerjanya. itulah rutin harian ku. menjadi suri rumah sepenuhnya setelah bergelar isterinya. pandangan tiba menjadi kabur. namun aku gagahkan juga. mungkin aku penat. kepala aku semakin berat. dan aku rasa seperti bendalir keluar dari hidung. aku fikir ianya mukus. tapi meleset sama sekali, darah yang mengalir. pantas aku lapkannya dengan sapu tangan yang kebetulan berada di tangan ku. tapi dunia, aku tidak dapat lihat dengan jelas lagi. segalanya hitam. suara Ameer menjerit HAJAR!!!!!!
aku lihat diri aku terkulai layu di pangkuan Ameer. adakah aku telah kembali menemuinya? aku menangis.esakan ini makin aku terasa. kemudian aku lihat jasad aku di bedah untuk menyelamatkan zuriat kami. kemudian aku lihat jasad ku ke liang lahad. aku dah mati. ibu menangis. Ameer pula memangku zuriat kami. "Dayana.. maafakan baba.. baba tidak jaga ummi yana dengan baik..ummi yana sakit barah otak yang baba sangkakan semuanya dah pulih.. maafkan baba sayang.." lantas pipi gebu yana diciumnya.aku hanya menangis teresak-esak.
"HAJAR!bangun Hajar.. ibu datang ni..."suara ibu menusuk gegendang telinga aku. aku rasakan tangan ibu menyentuh lembut pipi ku. lantas aku bukakan mata. YA ALLAH!.. aku masih hidup..
"IBU!" lantas aku memeluk ibu seeratnya. wajah ibu cukup penuh kehairanan memandang ku. aku hanya tersenyum.mencium kedua-dua pipi tua ini. sayangnya aku.
"kenapa ni HAJAR? ibu tengok Hajar macam baru lepas mimpi hantu je? tu lah tidur lagi lepas Asar. sekarang pergi bersihkan diri bersiap solat maghrib. ibu siapkan makan malam."lantas ibu terus berjalan ke dapur.
"bila ibu sampai?"...."zuhur tadi da. tapi ibu pergi kedai kat simpang depan tadi beli barang sikit. ibu bagi salam banyak kali. tapi hajar tak jawab ibu masuk je lah. nasib baik tak kunci.ibu tengok hajar tidur dengan telekung. botol ubat masih dekat tangan. hajar mimpi ap? hajar menangis dalam tidur.."..."tak ada apa lah bu"
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"ibu jom teman Hajar pergi majlis akad nikah rakan office hajar bu. Hajar tak dek teman lah bu. Hariz suruh Hajar bawa bakal suami Hajar. tapi bu tahu lah kan anak ibu ni mana ada sape lagi.."aku mula membuat ayat sedih suapay aibu akan setuju untuk menjadi temanku ke rumah Fina nanti.
"lepas isya'? Hajar yang tak dek teman atau Hajar yang memilih?"aik?aku pula yang dikatakan memilih? bukankah aku ini tidka ada rupa. hanya gadis biasa ditambah pula jangka hidup yang aku sendiri tak pasti.
"bukan memilih lah ibu..belum sampai jodoh."
malam itu kau hanya memakai baju kurung kain tenun Pahang berwarna biru lembut yang di bawa ibu dari hadiah kawannya untukku. tudung aku kemaskan. aku bertemu Fina. dan ketika majlis akad nikah aku duduk bersebelahan Fina, Ameer pula duduk bersama Hariz. usai sudah akad, keduanya di sahkan sebagai pasangan suami isteri. aku tumpang gembira.
Ameer menghampiri aku tika itu ibu sibuk beramah mesra dengan kedua orang tua Fina. senyuman manis itu menghiasi wajahnya yang tampan berpakaian serba lengkap baju melayu biru muda. sama seperti aku.
"Hajar, you nampak cantik sangat malam ni. I suka dengan penampilan you malam ni. mana bakal husband you?" dia terus memulakan bicara setelah menghampiri aku.
"apa yang you mengarut ni? cantik ke? you suka?" aku malu. dia mengangguk cepat.aish.. Ameer ni ada-ada sahaja selorohnya. kami berseloroh. mengusik antara satu sama lain. terasa aku di layan bagaikan puteri. makanan aku dihidang nya.
tika kami rancak berbual, bagaikan ada yang memerhatikan kami. tapi aku abaikan. dan aku menoleh. bagaikan dunia ini berpusing. kepala aku. jantung aku berdegup kencang. melihat sesusuk tubuh yang amat aku kenali. dan dia yang pernah bertahta di hati. dia bersama Hariz. rancak berbual dengan Hariz. tapi mata nya memerhatikan kami. gelaknya bersama Hariz bagaikan palsu.
"Hajar? are you ok? apasal ni? you pucat tiba-tiba, kenapa? you sakit ke?"suara Ameer bagaikan angin lalu..
aku termenung...dia.. apa hubungannya dengan Hariz? rapatnya hubungan mereka. seribu persoalan menerjah di benak ku.
No comments:
Post a Comment