Tuesday, July 20, 2010

mencari secebis kasih (12)

pagi yang hening aku sujud syukur ke hadrat Allah..sujud tanda syukur kerana aku berjaya melaksanakan solat sunat tahjud..hati aku tenang..dan kini dalam fikiran aku...hanya cinta dari yang Maha Esa..aku takut aku tidak berpeluang lagi untuk hidup di dunia ini..aku takut aku tidak sempat untuk bertaubat..aku takut aku mati dalam kelalaian..aku takut..

air mata mula bergenang di kelopak mataku..dan berguguran..aku terlelap bersama air mata..bila aku sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi..aku bergegas ke bilik air untuk memperbaharui wudhuk...usai solat..aku segera bersiap untuk ke pejabat..hari ini aku sudah sambung tugasku sebagai seorang pelukis pelan..sudah terlalu lama aku tinggalkan kerjaya aku..dan kini aku akan menyambungnya semula..

kelihatan Ameer sedang menunggu aku..aku membiarkan saja Ameer di situ.aku terus masuk kedalam bilik aku..bnyak surat di atas mejaku..

"sorylah..bilik u serabut sikit..I pun tak sempat tolong kemaskan.."Ameer di belakangku..terkejut aku dengan suaranya..tidak aku sangka dia betul-betul berdiri di belakangku..mujur aku tak terjatuh...

"its ok..tak pa lah..u buat kerja u dulu..I nk kemas sikit ni..k..?"

satu persatu surat aku baca..dan satu surat ni..seperti jemputan kahwin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...