Assalammualaikum dan salam sejahtera.
KUALA
LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual ‘herba ajaib’ yang
dipercayai mampu menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram
dalam tempoh kurang daripada sebulan.
Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan
daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu
dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit
gila.
Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan
Negeri Selangor, Jaafar Lassa berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam
dilakukan serentak di dua salun kecantikan di Kota Damansara dan Shah
Alam manakala satu lagi di Terengganu.
“Ketiga-tiga
pemilik salun terbabit menyeludup produk berkenaan melalui China sebelum
dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang kebanyakannya
terdiri daripada suri rumah, kakitangan kerajaan dan pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT),” katanya.
Beliau berkata, mereka
menjalankan perniagaan secara atas talian dengan membuat pengiklanan
melalui laman facebook sebelum mengepos pesanan pelanggan mereka
menggunakan pos laju.
“Produk yang mengandungi 30 pil berbentuk gel bagi pengambilan selama sebulan ini dijual RM70 hingga RM120 sebotol.
“Mereka yang dipercayai sudah bergiat aktif sejak setahun lalu mengaku
mampu meraih keuntungan lumayan iaitu RM50 sebotol,” katanya.
Difahamkan, seorang daripada pemilik terbabit menggunakan taktik
pembungkusan semula dengan meletakkan label syarikatnya sendiri pada
produk berkenaan bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa.
Dalam serbuan berkenaan, lebih 450 botol pil berkenaan dengan nilai
mencecah RM70,000 dirampas termasuk produk tidak berdaftar yang lain
dipercayai pil vitamin mengandungi racun Dexamethasone dan Hydroquinone
untuk mencerahkan kulit.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19
Sumber HARIAN METRO
Komen yaya: Yaya ada jugak ambil makanan tambahan. Tapi it must have permission from Kementerian Kesihatan Malaysia. Beware dengan produk yang anda ambil. Opkos ramai student yang terlibat dengan pembelian produk Acai Berry ni. Dekat tempat yaya ni pun ada yang duk mengedar. Ok. Baik untuk anda. Baik untuk semua. Jagalah kesihatan anda.
Sumber HARIAN METRO
Komen yaya: Yaya ada jugak ambil makanan tambahan. Tapi it must have permission from Kementerian Kesihatan Malaysia. Beware dengan produk yang anda ambil. Opkos ramai student yang terlibat dengan pembelian produk Acai Berry ni. Dekat tempat yaya ni pun ada yang duk mengedar. Ok. Baik untuk anda. Baik untuk semua. Jagalah kesihatan anda.
1 comment:
eh....produk ni ade budak tengah jual....pelik lak..
Post a Comment