Friday, October 5, 2012

PETUA NAK CARI CALON ISTERI


Assalammualaikum dan salam sejahtera.
 
Menarik bukan tajuk entri? Untuk semua kaum lelaki ini amat penting buat korang. For your future time. And opkos penting buat gadis-gadis, anak-anak dara ini. Ummi pernah ingatkan yaya dengan kakak-kakak yaya, "Angah, Cah, Ya dan adik, time cuti belajar lah memasak. Nanti sudah kahwin bolehlah masak untuk suami." Even pesanan tu semasa kitorang sekolah rendah lagi, tapi pesanan itu sangat bermakna. Semua itu betul apa yang ummi pesankan. Okey petua kat bawah ini yaya ambil dari kawan dekat fb.

Mak aku cakap carik bakal bini kat pasar minggu hari sabtu/ahad pagi sebelum pukul 10.

Sebab :

...

Bini yang baik adalah bini yang bangun pagi. Kenape sabtu/ahad? Sebab weekdays semua orang bangun pagi.sebab terpaksa. Kerja punya pasal.awal2 kawin boleh la bangun lambat.

Bini yang bagus adalah bini yang kenal nama dan bentuk ikan dan sayur. Kalau awek u all setakat tau ikan lumba2 dan ikan paus, sila nilai semula hasrat nak berbinikan mereka.


Bini yang best adelah mereka yang jenis tak kesah nak pegi pasar. saving duit u all. cube bayangkan kalau bini u all anti pergi pasar. takkan nak beli ikan kat times square? gile.


Okey, dari petua diatas jelas bukan? Sebagai perempuan, perkara yang boleh pikat hati suami ialah melalui masakan. Kalau korang ni rajin duduk dapur, insyaAllah no hal sangatlah dalam masak-masak ni. And lagi satu bangun pagi tu penting. Ummi selalu pesan bangun pagi and jangan tidur lepas subuh. Erk. Betul. Tapi yaya duk kampus ni, kadang-kadang selalu je tidur pas subuh.  Bila duk rumah, rasa nak tidur lepas subuh tu cam tak dek sangat. Kecuali kalau sudah terlalu penat. Bila duduk rumah, rasa tanggungjawab sebagai anak tu kuat. Pagi-pagi seronok buat kerja kalau hendak dibandingkan dengan buat kerja tengahari.  Okey, noted! For yaya juga dan rakan-rakan. Belajar kenal lauk-pauk, sayur-sayur. Anda kenal keladi layau? Ikan merapu kerapu? Ikan jemuduk? Okey sila belajar! Its nice pergi pasar pagi-pagi! Semoga berjaya untuk rakan-rakan sekalian.

4 comments:

dja_amiensukhri said...

saya lupa nak cakap.. saya kenal ikan pari!! hehe :)

yaya said...

errkk..ikan apa tu??hahhaha..^,^
mmg fail la na bt bini..

dja_amiensukhri said...

wawawaa.. nak tidur sekarang! esok nak g berkenalan ngan ikan d pasar.. tataa.. :)

yaya said...

na ikot!ngeh3..ya pn na blaja jugak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...