Monday, October 22, 2012

entri tidak berkaitan



Entri tidak berkaitan dengan gambar diatas.

Terduduk dia di bangku,
Taman mini yang menjadi kunjungan mahasiswi tika hujung minggu,
Direnung rumput yang menghijau,
Jenis ala carpet,
Yang indah sejuk mata memandang,
Dilihat langit yang cerah petang hari,
Tenang tapi jiwanya rasa kosong,
Mungkin masa ini dia perlu menangis,
Melepaskan segala kekeluhan di hati,
Hendak di luahkan namun tidak siapa yang mahu mendengar,
Biarkan dia luahkan pada alam,
Pada pokok yang setia di hadapannya,
Pada burung dan kucing yang menjadi sahabat,
Pada langit yang cerah,
Pada Allah, tuhannya yang satu,
Kusut hati itu mungkin mainan syaitan,
Namun dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu,
Matanya mua di penuhi mutiara jernih,
Tapi ditahan,
Dia mula mengimbaskan kembali kejadian yang sudah berlalu.

Dia cuba untuk melupakan seseorang yang sering singgah di mimpi malamnya,
Dia mencari seorang kawan lelaki yang dia cuba untuk percaya,
Tapi semua itu dusta belaka, mungkin,
Sehingga dia lihat kawannya itu bersama seorang perempuan,
Sedaya upaya dia berfikiran secara profesional,
Tapi semua itu tidak berjaya,
Dan tika itu juga, semua kepercayaannya kepada kaum si adam dan senegeri itu hilang,
Melayang entah kemana,
Pilu dan kesal di hati masih terasa,
Dia teringatkan orang tuanya,
Rindu yang membuak kerana sudah lama tidak bertemu,
Rindukan pelukan dari mereka yang mungkin boleh menenangkan hatinya,
Tapi sedikit masalah dan hal yang tidak dapat dielakkan,
Hatinya merajuk,
Merajuk sehingga membawa dia untuk senyum,
Bergembira dengan orang sekelilingnya,
Walhal hatinya luka parah,
Dia hiang kekuatan, tapi dia masih senyum,
Senyuman buat orang yang dia sayang,
Konflik datang lagi,
Yang mungkin mengecewakannya,
Dia diam, tidak mampu untuk berkata apa-apa,
Terlalu buntu dengan apa yang berlaku ke atas dirinya.

Kejutan demi kejutan,
Ujian demi ujian,
Dia gagah untuk menghadapinya,
Sedaya upaya untuk senyum semula,
Dia berdiri, melangkah ke arah bloknya,
Esok hari baru untuknya.

Keyakinan yang baru,
Prinsip hidup yang baru,
Tiada lagi air mata untuk perkara yang remeh,
Bertindak secara profesional,
Berfikir secara kreatif dan inovasi,
Tambahkan kekuatan hubungan dengan Allah,
Untuk mendapat keredaan hidup.




Sekian.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...