Monday, October 10, 2011

,,mENcari kaSIh mu IBU,,





Hidup ini tiada indahnya jika seorang ibu yang memilih kasih dengan anak darah dagingnya sendiri. Jika sahabat Erna ini kesedihan keran ibunya meninggal dunia. Tapi Erna sedih sebab mama sudah lama tidak cium peluk Erna. Apatah lagi jika Erna hendak peluk mama. Erna nak peluk mama erat-erat. Erna rindu belaian mama. Sungguh Erna rindukan mama. Tapi segala duka, gembira Erna mama tidak pernah ambil tahu. Papa, abang long dan angah sahaja yang tahu. Adik Ziq? Dia masih kecil. Tapi sekarang sudah pandai di sekolah. Adik Ziq sekarang sudah tahun 4. Sangat terkenal di sekolah kerana kepetahan dan kepintarannya disertakan raut wajah yang comel. Semua itu menjadi kebanggaan mama. Adik Ziq dapat hadiah pelajar cemerlang, Erna lihat mama gembira sangat. Tapi setiap kali kejayaan Erna, mama tidak ambil peduli. Mama buat tidak kisah. Malah mama boleh sindir Erna. Erna tidak kisah. Semua itu menjadi semangat untuk Erna terus belajar.

Mama, kenapa selepas adik Ziq lahir mama sudah berubah? Mama, Erna ini bukan anak mama kah? Erna teringat waktu Erna sekolah rendah di tahun 5 mama pukul Erna dengan tali pinggang papa. Bukan setakat tali pinggang tapi hanger pun hinggap di badan Erna. Mama pukul Erna sebab adik Ziq menangis. Mama tidak bertanya pada Erna pun mengapa adik Ziq menangis. Mama, sebenarnya adik Ziq menangis sebab dia rasa bersalah sebab dia telah selerakkan bilik Erna. Erna tidak pukul dia. Erna baru hendak bertanya, tetapi adik Ziq mula menangis dan semakin kuat tangisannya. Luka di badan nampak merahnya, tapi luka di hati anak mama ini mama tidak pernah tahu. Along dan angah tinggal di asrama. Mereka tidak pernah tahu tentang kejadian ini. Papa pulang kerja, papa yang sapukan ubat. Mama? Ya ma, semua silap Erna. Adik Ziq sahaja yang betul. Seburuk-buruk perangai Ziq, Erna sayangkan dia mama. Erna tidak pernah pukul atau marah dia.

Semalam, Erna terjatuh tangga di asrama. Sakit sangat mama. Papa seorang sahaja yang datang melawat Erna. Mama? Mama tidka pernah menjejakkan kaki ke sekolah Erna. 2 tahun lepas, hari restu ilmu. Mama tidak datang. Hanya along, angah dan papa. Mama bagi alasan hendak jaga adik Ziq. Erna terima alasan mama.

Mama, Erna hendak beritahu dengan mama. Tapi Erna rasa mama tidak akan ambil kisah tentang Erna lagi. Erna tergerak hati untuk pergi hospital, sebab sakit di kepala ini makin kuat. Setelah ujian darah diambil dan scan. Mama, anak mama ini hendak menangis semahu-mahunya. Mengapa mesti Erna? Erna hendak hidup lama mama. Allah uji Erna ma. Erna sakit. Kanser otak. Doktor Hazim minta Erna beritahu mama dan papa. Tapi Erna tidak sanggup lihat papa, along, angah dan adik Ziq sedih. Erna makan ubat sambil menghitung hari. Peperiksaan SPM semakin hampir. Erna penuhkan masa dengan mengulangkaji. Erna hendak bukti pada mama. Anak mama ini bukanlah pelajar yang bodoh.

Peperiksaan SPM sudah tiba mama. Doakan Erna. Mama, tadi papa, along, angah dan adik Ziq datang melawat Erna di asrama. Erna tinggal hanya satu kertas sahaja lagi. Papa, Erna cium papa, Erna peluk erat-erat. Papa banyak bantu kuatkan semangat Erna terima kasih papa. Along, seorang abang yang banyak mendorong Erna berjaya. Along menjadi abang yang setia tika adikmu ini banyak masalah. Angah, seorang kakak yang sabar melayani kerenah adikmu ini. Adik Ziq, walaupun kau nakal di mata kakakmu ini, tapi sungguh aku menyayangimu.

Hari ini, kertas terakhir. Petang nanti papa akan datang ambil Erna. Erna menjawab semua soalan Lukisan Kejuruteraan. Tapi... Mama, kepala Erna sakit tiba-tiba. Mama, tolong Erna. Erna sakit sangat. Mama, mengapa pandangan Erna gelap mama? Mama, Erna tidak mahu pergi menghadap ilahi sebelum mama. Mama, Erna tidak puas lagi mendapat kasih sayang dari mama. Mamaaaaaaaaaaaaa.. Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini.

******

Di hospital. Erna di masukkan ke dewan pembedahan. Mama pengsan. Papa hanya mampu menangis tidak henti-henti. Adik Ziq meronta di pelukan angah. Along memangku mama. Hanya deraian air mata dari angah. Mama tersedar. Mama menangis. Mama menjerit. Papa tenangkan mama. Papa peluk mama. Papa minta semua mendoakan Erna selamat. Tiga jam masa berlalu. Doktor Hazim keluar dari pintu dewan pembedahan. Keputusannya. Erna pergi jua. Mama tidak mampu terima kenyataan. Mama pengsan lagi. Along, angah dan adik Ziq cium dan peluk Erna yang baru ditolak keluar dari dewan pembedahan. Wajah Erna senyum.

Mama kesal dengan apa yang telah mama lakukan. Mama kemas bilik Erna setiap hari. Mama peluk erat baju kesukaan Erna. Mama kemas semua baju Erna dalam almari. Tiba-tiba sepucuk surat terjatuh dari lipatan baju-baju. Mama buka sampul surat. Mama menangis teresak-esak. Emosi mama tidka dapat dikawal. Mama baca surat pengesahan penyakit Erna dan disertakan surat dari Erna.

"assalammualaikum mama.. mungkin masa mama membaca surat ini, erna telah pergi manghadap ilahi. mama maafkan erna tidak pernah memberitahu semua tentang sakit ini. mama ketahuilah erna rindukan mama. erna tidak puas mendapat belaian kasih dari mama. maafkan erna. sayang mama sangat-sangat.  ERNA"

Mama hanya mampu menangis. "Maafkan mama Erna"








p/s: cerpen ini adalah nukilan yaya semasa di tingkatan lima. cerpen ini menjadi johan dalam pertandingan menulis cerpen minggu bahasa melayu. tapi cerita ini telah diringkaskan dan ditukarkan watak. :)

2 comments:

dja_amiensukhri said...

siyes, mengalir air mata saya baca cerite ni..

yaya said...

yaya bt crita ni pun sedih bla bce blik. tapi ni yang di ringkaskn la dja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...