Salam pembuka bicara kepada semua pembaca. Puasa tidak hari ini? Harap anda semua berpuasa penuh. Yaya baru sahaja diberitahu rakan sekelas berkaitan keputusan peperiksaan akhir untuk semester 2 bagi tahun 1 sesi 2010/2011. Selepas semua kerja rumah selesai barulah yaya online dan terus ke laman sesawang UMP. Masuk ecom. Login.
Seterusnya terpampanglah keputusannya. Terkejut? Adalah sedikit. Mustahil tidak. Yaya memang terkenal dengan budak pemalas sejak dari sekolah rendah lagi. Maka itulah keputusan yang Yaya dapat. Alhamdulillah berkat RSA, ummi abi, lecturer, dan sahabat-sahabat yaya, akhirnya dapatlah seperti yang mereka idamkan. Walaupun cukup makan. Tapi bagi yaya padanlah dengan yaya yang pemalas ini.
Yaya termenung sejenak. Memikirkan apa yang telah yaya lakukan. Memang betul apa yang ummi abi yaya pesankan kepada yaya. Kalau hubungan dengan Allah kita lalai maka kehidupan kita juga akan terganggu. Yaya akui memang diri yaya lalai teramat sangat. Hati yaya mudah terpedaya dengan nafsu apatah lagi syaitan yang tidak berputus asa menghasut yaya.
Kepada sahabiah sekalian, apa yang paling utama. Hubungan dengan Allah mesti di jaga. Tapi niat mesti betul juga. Kalau kita dekat diri dengan Allah semata-mata untuk berjaya di dunia, masyaAllah teruknya diri kita ini. Dikala kita susah kita memohon pertolongan dari Allah bila sudah senang. Faham-faham sahajalah.
Sekian untuk entri kali ini. Harap semua dapat betulkan niat.
No comments:
Post a Comment