Friday, August 26, 2011

~BBQ DAGING~

Salam pembuka bicara. Di sini yaya ingin kongsikan resepi turun temurun keluarga yaya. Hampir setiap tahun kami adik beradik akan bergotong-royong untuk menyambut syawal. Termasuk sekali dalam persiapan makanan. Oleh itu, makanan yang paling disukai satu keluarga, BBQ DAGING. Resepi ini dibuat untuk satu keluarga besar. sebab sampai 20kg. Bahan sos perap boleh digunakan untuk ayam, makanan laut dan sebagainya. Baiklah yaya tidak mahu buang masa lagi.

BAHAN-BAHAN
20kg Daging / Ayam / Udang / Sotong
1kg bawang merah
100gm halia
50gm bawang putih
150gm serbuk lada putih
1.5kg gula merah
4botol kicap manis
1botol sos tiram

CARA MEMBUATNYA

  1. Kisarkan semua bahan di atas dan gaulkan bersama daging dan perap semalaman.
*untuk rasa yang lebih sedap, perap lebih lama. Lebih kurang dalam 3 hari, dapatlah hasil yang terbaik.

Selamat mencuba. Salam Ramadhan Al-mubarak dari yaya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...